HARI SUKAN NEGARA 2024 (HSN2024) KUCHING
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 20 Oktober 2024 – Sambutan Hari Sukan Negara 2024 (HSN2024) peringkat Bahagian Kuching telah disambut meriah di Dewan Masyarakat Krokong, Bau pada 19 Oktober 2024. HSN2024 disambut serentak di seluruh Negeri Sarawak. HSN2024 peringkat Bahagian Kuching telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Zakie Azmin bin Ismail, Pegawai Tadbir mewakili Residen Bahagian Kuching. Turut hadir ke program ini termasuklah ketua-ketua Jabatan, persatuan belia dan sukan serta penduduk daripada 15 kampung di sekitar kawasan Krokong dengan anggaran penyertaan seramai 2080 orang.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang dua (2) hari ini, antaranya aerobik, larian untuk Negara, berjalan ria Madani, pertandingan menyumpit, pertandingan futsal, sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah, saringan kesihatan serta pameran beberapa agensi. Kelab Sukan Rekreasi Krokong merupakan rakan strategik HSN2024 peringkat Bahagian Kuching.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsbkuching
#HSN2024
#cergasbersama
- JBS Sarawak
- Hits: 277