Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 5 NOVEMBER 2024 – Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah menyampaikan sijil penghargaan Program Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2024 kepada Kelab Sukan Rekreasi (KESURES) Politeknik Mukah baru - baru ini. Sijil penghargaan juga turut diserahkan kepada Pusat Khidmat P.213 Mukah dan Persatuan Wusyu Bahagian Mukah oleh Encik Mohammad Arbi bin Rosli.
Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan mereka dalam bersama-sama melaksanakan program bersempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah 2024 yang berlangsung pada 18-20 Oktober 2024 lepas. Pusat Khidmat P.213 Mukah telah memberi sumbangan hadiah utama cabutan bertuah, KESURES Politeknik Mukah telah melaksanakan KUSURES Fun Run manakala Persatuan Wusyu Bahagian Mukah telah melaksanakan Kejohanan Wushu Taolu dan Wushu Sanda Terbuka Sarawak 2024.
- JBS Sarawak
- Hits: 162
