Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 27 NOVEMBER 2024 – Majlis Malam Apresiasi Sukma XXI Sarawak 2024 (Zon Utara) anjuran Sekretariat Sukma Sarawak 2024 telah diadakan pada 26 November 2024 di Hotel Meritz, Miri. Tujuan penganjuran majlis apresiasi ini ialah untuk meraikan semua Jawatankuasa Kerja Sukma 2024 termasuk sukarelawan yang telah bertungkus-lumus bertugas sepanjang Sukma ke-21 lepas di Zon Utara negeri Sarawak.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Karim Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Sarawak YB Datuk Dr.Ripin Lamat, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Yang Berhormat Datuk Bandar Adam Yii Siew Sang, ADUN N.74 Pujut.
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang merupakan Pusat Satelit Jawatankuasa Sukarelawan Am Sukma Bahagian Miri turut hadir pada Majlis Malam Apresiasi SUKMA 2024 (Zon Utara) ini dengan kehadiran 6 orang pegawai dan kakitangan serta 60 orang sukarelawan am.
- JBS Sarawak
- Hits: 147
