
- JBS Sarawak
- Hits: 30
PEMERIKSAAN PENGESAHAN PERMIT OPERASI (OP) DI KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI MUKAH
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 24 JUN 2025 – Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu bersama Jabatan Kerja Raya Mukah, Pejabat Daerah Mukah, MYSED Mukah serta beberapa agensi yang lain telah membuat pemeriksaan penilaian aspek keselamatan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah pada 18 Jun 2025 bagi pengeluaran Permit Operasi (OP) bangunan. Tuan Jerry Jelani anak Bandang dari Balai Bomba dan Penyelamat Zon Sibu telah memberi taklimat ringkas kepada semua yang hadir sebelum pemeriksaan dilaksanakan.
Hasil pemeriksaan mendapati beberapa perkara kecil perlu diambil tindakan segera oleh pihak kontraktor dalam tempoh seminggu selepas pemeriksaan bagi pihak bomba mengesahkan Permit Operasi (OP) bangunan tersebut. Pihak pejabat akan menyediakan segala dokumen bagi pemutihan bangunan tersebut setelah pengeluaran OP daripada pihak bomba dan menyerahkan segala dokumen yang berkaitan kepada pihak Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.