Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak
Kanowit, 16 November 2024 - Telah berlansung Program Rakan Mahir @ Parlimen Kanowit yang telah diadakan dengan kerjasama Kelab Belia Taman Muhibbah di NADI Kanowit. Kursus Asas Penggunaan Canva ini telah menarik minat seramai 20 orang belia yang rata-ratanya pengguna baru aplikasi Canva. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan kemahiran rekaan grafik dalam kalangan belia setempat. Sepanjang bengkel, peserta diberi pendedahan tentang asas dan teknik menggunakan Canva, sebuah platform reka bentuk grafik popular yang mesra pengguna.Untuk makluman, program ini dirangka bagi membantu belia meningkatkan kemahiran teknikal yang relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa. Selain itu, ia turut memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kreativiti dalam menghasilkan kandungan visual yang menarik, sama ada untuk keperluan peribadi, perniagaan kecil, mahupun aktiviti komuniti. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu mengucap ribuan terima kasih kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang telah membantu untuk menjayakan program ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 161
