
- JBS Sarawak
- Hits: 33
CADANGAN TUBUHKAN PERSATUAN SUKAN DI MUKAH
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 16 JUN 2025 – Perjumpaan bersama Encik Kueh Peng Choon dari Pejabat Pendidikan Daerah Mukah cadangan untuk menubuh dan mendaftar Persatuan Badminton Bahagian Mukah telah diadakan pada 12 Jun 2025 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Encik Mohammad Arbi Rosli telah mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama dalam perbincangan tersebut dan beliau telah menerangkan kaedah-kaedah serta dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran persatuan.
Penubuhan persatuan ini diharap akan memperkembang lagi bakat pemain-pemain muda dalam sukan badminton untuk diketengah ke peringkat yang lebih tinggi dengan adanya persatuan kelak. Semasa perbincangan tesebut juga, pihak pejabat turut memaklumkan situasi Kompleks Sukan Komuniti Mukah kepada Encik Kueh berkenaan hasrat menggunakan fasiliti tersebut bagi Kejohanan Bola Jaring 12,15 dan 18 TKB Majlis Sukan Sekolah Sarawak Tahun 2025 yang akan diadakan pada 10-15 Ogos 2025.