BINTULU, 29 NOVEMBER 2024 – Majlis Apresiasi Sukma XXI Sarawak 2024 Zon Utara anjuran Sekretariat Sukma Sarawak 2024 telah diadakan pada 26 November 2024 bertempat di Hotel Meritz, Miri. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah diwakili oleh Encik Kigen Anak Satong Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Lister Bulin Anak July Pembanu Belia dan Sukan.
Majlis Apresiasi diadakan bertujuan untuk menghargai semua Jawatankuasa Kerja Sukma dan juga para Sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan Sukma 2024. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Karim Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
BETONG, 19 NOVEMBER 2024 - Pemeriksaan Aset ICT lama telah dilakukan oleh 2 Orang Pegawai yang dijemput dari Politeknik METrO Betong iaitu Puan Fazika Binti Hamid bersama Encik Gregory Anak Nelson Awai di PBSB Betong bagi untuk membuat perakuan pelupusan (PEP). Puan Norfatihah Binti Moh (PTPO) bersama Cik Nurulzamzam Binti Shafi’ie , Pegawai Belia dan Sukan Betong turut membantu dalam menyediakan dokumentasi pemeriksaan tersebut. Sebanyak 4 unit komputer dan 1 unit komputer riba telah diperiksa bagi tujuan pelupusan tersebut.
MELESTARIKAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 28 November 2024 – Peranan masyarakat dalam melestarikan alam sekitar perlu berakar umbi dari dalam diri bermula sejak kecil lagi. Kesedaran betapa pentingnya mengekalkan bumi yang hijau perlu dipupuk supaya kita sebagai rakyat Malaysia dapat hidup dalam kesejahteraan alam semula jadi. Bagi menyahut cabaran ini, seramai 40 orang belia yang berumur 15 hingga 30 tahun telah turun padang ke lokasi perkelahan di sekitar kawasan Libiki untuk mengadakan kerja-kerja pembersihan sampah. Program ini dinamakan sebagai program Rakan Bumi : Plogging Komuniti Peringkat Bahagian yang telah diadakan pada 2 November 2024 yang lalu.
Kapit, 29 November 2024 – Majlis ringkas penyampaian sijil perakuan pendaftaran Kelab Belia Pekan Kapit telah diadakan pada 28 November 2024 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit. Sijil pendaftaran tersebut telah diserahkan oleh Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit kepada Encik Diego Priestly Anak Pasang, Presiden Kelab Belia Pekan Kapit.
Wakil Kelab turut diberikan penerangan berkaitan tadbir urus kelab dan kewajipan menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) setiap tahun oleh Puan Olivia. Beliau memberitahu peranan kelab yang ditubuhkan adalah untuk menggerakkan komuniti belia di kawasan mereka. Selain itu, beliau turut mengingatkan kelab agar menjalinkan hubungan baik dengan agensi dan komuniti lain dalam melaksanakan program bersama belia.
Semoga pertubuhan belia yang berjaya berdaftar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik disamping menganjurkan pelbagai program bersama belia setempat dalam usaha melestarikan lagi golongan belia di Pekan Kapit amnya.
KAPIT, 29 November 2024 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Kapit (JANM) Cawangan Kapit telah mengadakan Taklimat Tarikh Akhir Proses Dokumen Kewangan Bagi Tahun Kewangan 2024 pada hari Rabu, 27 November 2024 daripada pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Taklimat dihadiri oleh pegawai dan kakitangan daripada 25 jabatan persekutuan atau Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan di bawah seliaan JANM Cawangan Kapit. Taklimat tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Muhaimin Mohd Mokhtar, Pengarah Cawangan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kapit.
Bagi Seksyen Operasi & Unit Dana, Akaun,Gaji taklimat disampaikan oleh Encik Azmi bin Bujang Jitny manakala bagi Seksyen Pemantauan telah disampaikan oleh Puan Norshila binti Ali dan akhirnya bagi Unit ICT telah disampaikan oleh Encik Albert Julai.
Pada sesi taklimat ini, semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab telah diberi peringatan tentang tarikh-tarikh penting bagi Penutupan Akaun Akhir Tahun 2024 Kerajaan Persekutuan. Sesi soal jawab juga telah dibuka kepada semua peserta taklimat mendapatkan maklumat yang lebih tepat untuk memastikan kelancaran tarikh akhir proses dokumen kewangan bagi tahun 2024 di Bahagian Kapit.
Puan Olivia Anak Kaminis dan Cik Uja Rama Anak Nyangun telah hadir bagi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit ke sesi taklimat tersebut.
KE ARAH MELAHIRKAN PEKERJA BELIA DENGAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 3 Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 28 November 2024 – Seramai 30 orang calon dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, PBSB Kuching, PBSB Samarahan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak telah menyertai Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio SKM-PPT Siri 8 Negeri Sarawak Tahun 2024 bertempat di Harbour View Hotel, Kuching pada 17-19 November 2024.
Bengkel pada kali ini lebih kepada proses di mana Pegawai Penilai – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) membantu calon bagi mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan pengalaman terdahulu yang dimiliki calon dan tempoh maksimum penilaian keterampilan adalah merangkumi tempoh sesi kaunseling dan penilaian serta permohonan sesi verifikasi. Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada calon untuk membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam NOSS berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN DI PBSB KUCHING Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 28 November 2024 – Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan secara fizikal di PBSB Kuching telah dilaksanakan pada 6 November 2024 yang lalu. Pemeriksaan aset telah diketuai oleh Encik Kigen Satong dan Encik Bonnie Manau Michael Amerikan yang telah dilantik selaku Pegawai Pemeriksa pada tahun ini.
Pemeriksaan Aset Alih dilakukan ke atas Fizikal, Rekod dan Penempatan. Tujuan pemeriksaan adalah untuk mengetahui keadaan dan prestasinya, memastikan setiap Aset Alih mempunyai daftar/ rekod yang lengkap, tepat dan kemas kini dan memastikan setiap Aset Alih berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar. Tempoh Pemeriksaan Pemeriksaan ke atas semua Aset Alih hendaklah dilaksanakan seratus peratus (100%) dan pemeriksaan boleh dilaksanakan sepanjang tahun pada tahun semasa secara berperingkat.
KELAS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 3 Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 18 November 2024 – Pengukuhan dan pengembangan ilmu pengetahuan di kalangan pengemar sukan air atau yang baharu berminat untuk belajar berenang diteruskan dengan pelaksanaan KLAS Renang Fasa 3 yang dianjurkan oleh PBSB Kuching pada 9 hingga 17 November 2024 bertempat di Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Usaha berterusan ini berikutan daripada peningkatan statistik kes lemas yang melibatkan kanak-kanak. Pada kali ini, seramai 40 orang peserta kanak-kanak daripada keluarga B40.
Peserta diajar teknik dan kaedah yang betul untuk berenang. Selain meningkatkan kemahiran berenang individu dalam aktiviti renang, KLAS ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan peserta. Tenaga pengajar terdiri daripada instruktur renang yang mempunyai kepakaran dan ilmu sukan renang daripada Power Aquatics Swimming Club.
SENAMAN WARGA EMAS Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 16 November 2024 – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia memperluaskan senaman warga emas ke seluruh Negara. Di samping memberi manfaat secara langsung kepada golongan sasar, program ini dapat meningkatkan kesedaran khususnya kepada ahli keluarga dan penjaga bagi mendorong warga emas untuk terus bersukan dan mengamalkan gaya hidup aktif.
PBSB Kuching dengan kerjasama Kelab Kecergasan 1Kenyalang telah melaksanakan aktiviti senaman untuk warga emas di sekitar Bandar Kuching pada setiap hujung minggu seawall 7.30 pagi. Peserta terdiri daripada peserta yang berumur 60 tahun ke atas. Beberapa lokasi telah dikenalpasti iaitu. Pusat PAWE Jalan Astana, Dewan Kampung Muara Tebas, Dewan Kampung Temedak, Dewan Kampung Samariang Batu, Perkarangan Masjid Patingan dan Dewan Taman Sri Wangi.