- JBS Sarawak
- Hits: 61
PERBINCANGAN AWAL BAGI PENGANJURAN KARNIVAL SUKAN KOMUNITI KAPIT 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 61
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 24 Jun 2025 – Perbincangan awal bagi pelaksanaan Karnival Sukan Komuniti Kapit 2025 telah diadakan baru-baru ini melibatkan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama rakan strategik utama iaitu Kelab Bola Keranjang Bleteh, Panda Athletic Club dan Kelab Dart Kapit.
Program ini dijadualkan berlangsung pada 10 Julai 2025 dari jam 5.30 petang hingga 10 malam bertempat di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibbah dan Gelanggang Bola Keranjang Bleteh. Karnival ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, golongan belia, warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU). Antara aktiviti menarik yang dirancang sepanjang program ialah night run, senamrobik, pertandingan dart, pertandingan bola keranjang 3v3, perlawanan badminton, cabutan bertuah serta gerai jualan makanan. Penganjuran ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, di samping memupuk perpaduan komuniti melalui penglibatan sukan dan rekreasi secara inklusif.
Perbincangan turut menekankan aspek keselamatan peserta, pengurusan acara dan logistik, serta penyelarasan tugas antara penganjur dan rakan kerjasama bagi memastikan kelancaran program. Karnival ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan berdasarkan penglibatan aktif komuniti dalam penganjuran terdahulu.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #pbsbkapit