SIBU, 10 DISEMBER 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah mengadakan "Exchange Gift" bersama pegawai dan kakitangan sempena kakitangan yang akan menyambut perayaan Krismas tidak lama lagi. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan acara makan tengahari sebagai penghargaan kepada semua. Majlis yang sederhana ni turut diadakan setiap tahun dan ianya merupakan acara yang diharapkan akan dapat merapatkan lagi hubungan sesama kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
BETONG, 09 DISEMBER 2024 – Satu perbincangan bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah diadakan pada hari ini bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Perbincangan adalah untuk semakan semula tugasan dan menandakan berakhirnya tugasan menutup tirai bagi tahun 2024. Cik Nurulzamzam Binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong menyenaraikan keseluruhan program yang selesai dan segala kekurangan perlu ditambah baik bagi semua program bagi memberi impak kepada semua yang terlibat. Beliau juga menyarankan agar lebih banyak kelab baharu akan ditubuh bagi merancakkan perlaksanaan program pada masa akan datang.
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 9 DISEMBER 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput sama untuk menghadiri Majlis Pelancaran Hari Belia Sarawak 2024 yang dihadiri Encik Mohammad Arbi bin Rosli. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak pada 7 Disember 2024 bertempat di Kingwood Resort, Mukah.
Majlis turut dihadiri Yang Berhormat, Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Yang Berbahagia Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Yang Berhormat Tuan Safiee Haji Ahmad ADUN N.43 Daro, Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine, ADUN N.57 Tellian, Yang Berhormat Tuan Abdul Yakub bin Haji Arbi, ADUN N.58 Balingian, Datu Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah serta jemputan yang lain.
Hari Belia Sarawak 2024 anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak telah berlangsung selama lima hari dengan menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik kepada golongan belia dan masyarakat setempat daripada pelbagai aspek. Selain itu, Hari Belia Sarawak 2024 sebagai penghargaan kepada golongan belia yang bakal menjadi generasi pelapis pada masa hadapan.
BETONG, 9 DISEMBER 2024 – Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Bahagian Betong telah diadakan pada 24 November 2024 yang lalu bertempat di Metang Desa, Kabong. Objektif program adalah untuk Memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.
Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Belia Komuniti Pekan Saratok yang merupakan Rakan Kerjasama Strategik. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program tersebut adalah senam cergas, gotong-royong, cabutan nama bertuah dan perkhemahan. Hadir sama semasa program Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
BETONG, 9 DISEMBER 2024 – Sesi Taklimat Pencegahan/ Memadam Kebakaran dan Demonstrasi Mengguna Alat Pemadam Api (Fire Drill) Peringkat Wisma Persekutuan Betong telah diadakan pada 2 Disember 2024 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama Wisma Persekutuan Betong bagi sesi taklimat dan di Tapak Perhimpunan Kecemasan bagi sesi demonstrasi memadam kebakaran. Turut hadir Tuan Vincent Baling anak Yabi, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Betong seterusnya menyampaikan taklimat kaedah pencegahan, memadam dan cara-cara menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.
Program ini telah dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Penyelarasan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Bahagian Betong dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Betong. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua pegawai dan kakitangan yang bertugas di Wisma Persekutuan Betong mengenai aspek pengurusan keselamatan kebakaran dan perlindungan secukupnya daripada bahaya kebakaran serta mengurangkan kemusnahan harta benda dan nyawa. Hadir sama semasa sesi tersebut semua pegawai dan kakitangan dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
BETONG, 9 DISEMBER 2024 – Program Rakan Mahir: Skills For Life @Parlimen 2024 bagi Parlimen Saratok telah dilaksanakan pada 28 November 2024 bertempat di Bengkel Jahitan Kemas, Kampung Sg. Endot Kabong. Seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus latihan kemahiran asas jangka pendek tersebut.
Program Rakan Mahir: Skills For Life@ Parlimen 2024 memberi peluang kepada belia berumur 15 hingga 30 tahun mempelajari latihan asas kemahiran secara jangka pendek. Bagi Parlimen Saratok, kursus yang dilaksanakan adalah Gubahan Bunga Kreatif. Para peserta telah diberi penerangan secara teori dan diberi latihan secara praktikal dengan bimbingan tenaga pengajar daripada pejabat KEMAS Daerah Saratok Puan Normahwaty binti Adenan dan Puan Adawi binti Maliki. Sepanjang kursus para peserta telah diberi peluang untuk mereka cipta gubahan bunga kreatif mengikut kreativiti masing-masing.
Hadir sama semasa program Encik Latif anak Amit, Pegawai KEMAS Daerah Saratok yang turut menyampaikan sijil kepada para peserta serta tenaga pengajar dan Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kelab Belia Kampung Pusa selaku Rakan Kerjasama Strategik,Pejabat KEMAS Daerah Saratok, urusetia program Puan Norsuriaty bt Kamalludin, Puan Noroli binti Ali dan Puan Puspa Sari Eli, Saudara Mohamad Salehan bin Andan, penasihat Kelab Belia Kampung Pusa, peserta serta semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
KAPIT, 9 Disember 2024 - Seminar sempena sambutan ulang tahun ke-100 Perjanjian Perdamaian telah berlangsung di Dewan Suarah Kapit pada 6 hingga 7 Disember lalu. Acara ini bertujuan memperingati perjanjian bersejarah yang menjadi asas kepada keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di wilayah ini.
Seminar tersebut diisi dengan pembentangan oleh pakar sejarah dan pemimpin tempatan, yang mengupas kepentingan perjanjian itu dalam memupuk hubungan erat dalam kalangan masyarakat dan keharmonian antara pelbagai kaum. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Turut hadir ialah pemimpin masyarakat, wakil kerajaan, dan penduduk tempatan, yang bersama-sama meraikan warisan sejarah penting ini. Encik Martin Sherman Minggu dan Encik Lanting Mala turut hadir bagi mewakili pejabat ke seminar tersebut.
KAPIT, 9 Disember 2024 – Majlis perasmian Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-100 Perjanjian Perdamaian Kapit telah diadakan pada 5 Disember 2024 lalu bertempat di Kapit Town Square. Sambutan ini berlangsung dari 1 hingga 9 Disember 2024 dengan pelbagai acara dan aktiviti yang telah dirancang untuk memperingati detik bersejarah ini. Sambutan ini adalah untuk memperingati 100 tahun Perjanjian Perdamaian Kapit yang ditandatangani pada 16 November 1924. Perjanjian tersebut menandakan perdamaian antara masyarakat Iban dan Orang Ulu, termasuk Kayan, Kenyah dan Kajang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Jefferson Jamit, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang & Adat Bumiputera) merangkap ADUN N.63 Bukit Goram mewakili Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen P.215 Kapit selaku Pengerusi sambutan. Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan telah hadir bagi menyokong program sambutan tersebut. Puan Olivia Anak Kaminis juga turut hadir bagi mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kapit.
Majlis rasmi sambutan akan diadakan pada 8 Disember dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd. Sanusi yang akan melawat ke Fort Sylvia, Kapit.
KAPIT, 9 Disember 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Kapit Sarawak Tahun 2024 – 2026 telah diadakan pada 3 Disember 2024 lalu, jam 8.00 malam bertempat di Lily Pond Café, Kapit. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Cerisologo Anak Sabut, Pegawai Daerah Kapit merangkap Pengerusi Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Kapit.
Diantara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan penetapan tarikh dan tempat-tempat bagi majlis tersebut yang dicadang untuk dilaksanakan pada pertengahan bulan Januari 2025. Dijangka turut hadir pada majlis tersebut ialah Tan Sri William Mawan Ikom, Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak. Mesyuarat ini telah dihadiri ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Kapit dan turut dihadiri oleh Puan Olivia Anak Kaminis wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit .