- JBS Sarawak
- Hits: 54
WARGA PBSB LIMBANG HADIRI BENGKEL PROFESIONALISME KERJA BELIA SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA- PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU SIRI 6 NEGERI SARAWAK TAHUN 2025 DI BAHAGIAN SIBU
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2025 – Minggu ini telah berlangsung satu bengkel Profesionalsime Kerja Belia Sijil Kemahiran Malaysia- Perngiktirafan Pencapaian Terdahulu Siri 6 Negeri Sarawak yang bertempat di Bilik Seminar Reflesia, Hotel Premier Sibu, Sibu. Seramai 4 orang pegawai dari PBSB Limbang telah hadir dalam sesi tersebut.
Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara(JBSN) melalui Akedemi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson(APBMPD) ini adalah untuk membolehkan pekerja belia untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap dan seterusnya melatih mereka untuk memahami Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan(NOSS).
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini bnyak memberi imput kepada semua perserta tentang penilaian dan profesionalsme kerja belia. Diharapkan dengan adanya pengiktirafan seperti ini dapat menyuntik semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa akan datang dan dapat memajukan diri, masa depan dan negara.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang