- JBS Sarawak
- Hits: 46
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PING PONG BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 46
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2025 – Liga Sukan Komuniti(LSK) Ping Pong 2025 telah diadakan pada minggu lalu yang bertempat di Stadium Tertutup Lawas, Bahagian Limbang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) dengan kerjasama Kelab Ping Pong AMT Lawas ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan Ping Pong di bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Program ini dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Encik Rynnille Elsther Peter . Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan masyarakat menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Kejohanan LSK Ping pong bagi edisi kali ini memperlihatkan AMT A ,Juara yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 berserta medal, manakala Naib Juara ialah Pasukan AMT B membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 berserta medal dan manakala tempat ketiga jatuh kepada AMT E membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100 berserta medal.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang