
- JBS Sarawak
- Hits: 49
PBSB SARIKEI MENYOKONG SARAWAK SCOUT ECO RUN 4.0
- JBS Sarawak
- Hits: 49
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 29 Jun 2025 : Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Sarawak Scout Eco Run 4.0 yang diadakan serentak di 33 buah daerah di seluruh Negeri Sarawak. Bagi pelaksanaan di daerah Sarikei, program ini telah diadakan di Kompleks Sukan Integrasi, Seberang Sarikei. Seramai 400 orang peserta menyertai larian ini.
Bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kecergasan ini, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei (PBSB Sarikei) telah mengadakan program Malaysia Aktif @ Komuniti (Mass Aerobic) bersama Kelab Sukan Rekreasi Goyang Sarikei, sebelum acara larian diadakan. Sebagai tanda solidariti, Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei turut menyertai larian tersebut bagi kategori OKU.
PBSB Sarikei komited untuk menyokong dan memberikan khidmat nasihat kepada segala aktiviti yang berkaitan pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda khususnya di bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#pbs6d