- JBS Sarawak
- Hits: 155
PROGRAM RAKAN MAHIR : SKILLS FOR LIFE @ PARLIMEN P.209 JULAU TAHUN 2024 (KURSUS ASAS AUTOMOTIF)
Disediakan oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak
SARIKEI, 2 DISEMBER 2024 – Program Rakan Mahir : Skills for life @ Parlimen P.209 Julau Tahun 2024 (Kursus Asas Automotif) telah dilaksanakan pada 30 November 2024 yang lalu bertempat di Dewan Masyarakat Julau yang melibatkan seramai 20 peserta. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Mohammad Kamal bin Abang Bujang dan Abdul Halim bin Ahmad yang kedua-duanya merupakan tenaga pengajar Giatmara Sarikei dalam bidang automotif. Program ini berlangsung selama sehari dengan pengisian program secara teori dan praktikal bagi meningkatkan kefahaman peserta.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan Kemahiran belia khususnya daerah Julau dalam bidang automotif dan dapat mereka aplikasikan dalam kehidupan. Ribuan ucapan terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 155
