
- JBS Sarawak
- Hits: 111
PERBINCANGAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEMPENA FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN BETONG TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 111
Disediakan oleh: JAT, JBSN Sarawak
Betong, 26 Jun 2025 – Satu sesi perbincangan berkenaan dengan pelaksanaan Pertandingan Kawad Kaki sempena Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Betong telah diadakan hari ini antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong bersama Pejabat Pendidikan Daerah Betong yang diwakili oleh Encik Lim Yang Yang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah SPbM dan Puan Adzilah binti Ossen, PT PBB Pejabat Pendidikan Daerah Betong.
Pertandingan Kawad Kaki yang diadakan secara atas talian akan diadakan pada bulan Julai dan diselaraskan serta dikelola oleh Pejabat Pendidikan Daerah Betong yang akan bertanggungjawab dari segi teknikal dan penghakiman pertandingan sementara pihak pejabat akan menyediakan hadiah pertandingan. Pertandingan ini akan melibatkan penyertaan murid sekolah menengah dan rendah di bahagian Betong. Pihak pejabat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Betong di atas kerjasama serta komitmen yang diberikan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong