
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Bengkel Professional Kerja Belia Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Siri 6 Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 26 JUN 2025 – Seramai empat orang pegawai dari pejabat ini telah mengikuti satu bengkel Professional Kerja Belia Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Siri 6 Negeri Sarawak selama 3 hari 2 malam pada 18 sehingga 20 Jun 2025 bertempat di Premier Hotel, Sibu.
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Akademi Pe0mbangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson (APBMPD) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang melaksanakan pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dalam bidang pelaksanaan kerja belia.
Program ini adalah untuk membolehkan pekerja belia untuk memperolehi sijil kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap dan seterusnya melatih untuk memahami Standard Kemahiran Pekerjaaan Kebangsaan (NOSS). Bengkel ini juga mempunyai lanjutan yang akan diadakan pada bulan bulan September 2025 kelak.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama