EKSPEDISI WONG BERANGGONG, ABOK PULAU BATU PANTU

EKSPEDISI WONG BERANGGONG, ABOK PULAU BATU PANTU

Disediakan oleh: HBR, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 26 JUN 2025-Ekspedisi menakluki rintangan dan menerokai keindahan alam semulajadi bertempat di Wong Beranggong Abok Pulau Batu,Pantu telah berjaya ditawan oleh seramai 15 orang tenaga pengajar dan kakitangan kolej komuniti Kuching termasuk pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 25 jun 2025. 

Melalui aktiviti penjelajahan tersebut,  peserta dapat mendekatkan diri  dengan alam semulajadi dengan mengunjungi sesebuah lokasi yang tersembunyi dan menjalankan aktiviti-aktiviti sukan rekreasi yang bersesuaian dengan keadaan geografi sama ada elemen darat, elemen air atau elemen udara. Aktiviti tersebut bertujuan untuk menggalakkan semangat penjelajahan dan pengembaraan melalui aktiviti berkaitan alam sekitar atau kesedaran alam sekitar dengan melibatkan penyertaan komuniti setempat. Program ini juga menggalakkan komuniti mengamalkan gaya hidup kreatif dan keseimbangan kehidupan antara keluarga dalam organisasi, kesihatan, rekreasi serta keperluan rohani. Di samping itu, ia turut mempromosikan lokasi menarik yang terdapat di Malaysia bagi meningkatkan industri pelancongan negara.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSri Aman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search