KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG 2025 FASA 1 - KATEGORI KANAK-KANAK B40 (UMUR 6 HINGGA 12 TAHUN) DI SIBU, SARAWAK

KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG 2025 FASA 1 - KATEGORI KANAK-KANAK B40 (UMUR 6 HINGGA 12 TAHUN) DI SIBU, SARAWAK

Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak

28 JUN 2025, SIBU - 40 orang peserta bermula menjalani latihan KLAS Renang 2025 Fasa 1 di Kolam Renang Delta, Sibu. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan khidmat Jurulatih daripada Persatuan Renang Amatur Bahagian Sibu (SASA). Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi JBSN yang dijalankan secara PERCUMA sebanyak 6 sesi kepada peserta bagi mengurangkan kadar kematian akibat lemas. Inisiatif ini telah dilancarkan pada 13 Mei 2023 dengan hasrat mendedahkan kumpulan sasar kepada teknik asas berenang yang mampu menyelamatkan nyawa serta meningkatkan ilmu peserta tentang kaedah berenang yang betul dan selamat serta mengatasi ketakutan dalam air. Semoga semua peserta dapat mempelajari semua ilmu yang disampaikan oleh jurulatih.

#PBSBSIBU
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#KLASRenang
#RakanMuka
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
+9
 
 
 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search