
- JBS Sarawak
- Hits: 61
Taklimat Kem Belia @ Rakan Prihatin Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 61
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 26 JUN 2025 – Satu taklimat berkenaan program kem belia bagi tahun 2025 telah dihadiri oleh pegawai-pegawai belia di Bahagian melalui platform atas talian google meet pada selasa lepas.
Program ini merangkumi aktiviti indoor dan outdoor yang memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan belia mengenai bahaya sekiranya terjebak dalam gejala social dan aktiviti tidak sihat. Pengisian program ini melibatkan aktiviti kerohanian, latihan dalam kumpulan (LDK), slot kemahiran dan keusahawanan, perkongsian ilmu, kesedaran berkaitan kesihatan mental, motivasi dan aktiviti kecergasan.
Dalam taklimat tersebut juga menekankan kebijaksanaan para pegawai di bahagian dalam merancang perjalanan program dari segi persediaan tempat dan sebagainya.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama