Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 9 Disember 2024 – Mesyuarat Bil. 2/2024 Sambutan Pra-Krismas Wisma Persekutuan Kapit telah diadakan pada 6 Disember yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Tenaga Kerja, Wisma Persekutuan Kapit. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Colin Wayner Anak James Janum selaku Pengerusi Pra-Krismas Wisma Persekutuan Tahun 2024. Sambutan Pra-Krismas tersebut akan diadakan pada 12 Disember 2024 bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta, Wisma Persekutuan Kapit.
Diantara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan jamuan dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan semasa sambutan itu nanti. Ambang Wira Sdn. Bhd Kapit telah menyumbangkan peruntukan berjumlah RM1,500 bagi sambutan tersebut. Encik Lanting Anak Mala selaku Bendahari Jawatankuasa Wisma Persekutuan Kapit telah menerima sumbangan tersebut daripada Tuan Haji Ambri, Pengurus Ambang Wira Sdn. Bhd Cawangan Kapit. Sumbangan wang berjumlah RM100 daripada setiap jabatan juga diterima bagi menampung perbelanjaan yang lain.
Encik Colin Wayner Anak James Janum selaku Pengerusi JK Sambutan Pra-Krismas menggalakkan semua kakitangan di Wisma Persekutuan Kapit untuk membawa bersama ahli keluarga pada hari tersebut bagi menjalinkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan dan keluarga mereka.
- JBS Sarawak
- Hits: 182
