
- JBS Sarawak
- Hits: 66
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) SEPAK TAKRAW MEDAN PERTEMPURAN SEBENAR RAJA LIBAS BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 66
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2025 – Liga Sukan Komuniti(LSK) sepak rakraw 2025 telah diadakan pada minggu lalu yang bertempat di Arena Lawas, bahagian Limbang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw bahagian Limbang ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan sepak takraw di bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Encik Rynnille Elsther Peter. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan belia menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang