- JBS Sarawak
- Hits: 41
PERBINCANGAN LIMBANG FIRE FIGHTER RUN 2025 BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah mengadakan satu perbincangan bagi pelaksanaan Limbang Fire Fighter Run 2025 bersepena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Limbang. Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Zaini Bin Abdul Talib dan semua ahli jawatankuasa kerja.
Selaras dengan objektif untuk meningkatkan budaya sihat cergas dan kecergasan supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara,perbincangan kali ini lebih tertumpu kepada jenis aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung di bahagian Limbang serta golongan sasar bagi penyertaan setiap aktiviti tersebut.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang