
- JBS Sarawak
- Hits: 44
LIGA SUKAN KOMUNITI 2025 PERINGKAT BAHAGIAN BETONG BAGI ACARA BOLA JARING WANITA
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 30 Jun 2025 – Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong bagi acara Bola Jaring Wanita telah diadakan pada 14 Jun 2025 yang bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.
Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, sekali gus menunjukkan komitmen yang tinggi serta semangat persaingan yang sihat dalam kalangan komuniti setempat.
Keputusan akhir pertandingan menyaksikan Pasukan Miracle dinobatkan sebagai Juara, manakala Pasukan Mixter berada di kedudukan naib johan dan tempat ketiga bersama disandang oleh Pasukan Skuad AADK Saribas 2 dan SEMEKAR.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong merakamkan ucapan tahniah dan Syabas kepada semua pasukan yang terlibat atas semangat kesukanan yang membanggakan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada Mixter Netball Club serta Politeknik METrO Betong selaku rakan strategik atas Kerjasama dan komitmen sepanjang acara ini berlangsung.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsbbetong