
- JBS Sarawak
- Hits: 76
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Kuching
- JBS Sarawak
- Hits: 76
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Kuching
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 30 JUN 2025 – Pada 28 Jun 2025 yang lepas, PBSB Kuching telah melaksanakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Kuching bertempat di Function Room, Borneo Cultures Museum, Kuching. Seramai 50 orang telah menyertai MPBN ini yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin persatuan belia, agensi Kerajaan dan Badan Berkanun. MPBN Peringkat Bahagian Kuching merupakan program tahunan yang merupakan satu platform perbincangan secara konstruktif dan inklusif yang melibatkan pembangunan belia tempatan serta mengangkat suara dan pandangan belia ke peringkat yang lebih tinggi. MPBN Peringkat Bahagian Kuching pada kali ini dianjurkan bersama dengan Kelab Belia Taman Matang Jaya.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#YakinBoleh
#RakanDemokrasi