Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 18 DISEMBER 2024 - Kelab Sukan Elektronik Bandaraya Miri telah mengadakan MESC Challenge Cup 2024 : Mobile Legends Bang Bang pada 14 Disember 2024 bertempat di MYY Mall, Lutong. Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah dijemput ke Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah MESC Challenge Cup 2024 : Mobile Legend Bang Bangs.
Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan Last Minutes menjuarai pertandingan tersebut dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500.00 beserta medal, manakala pasukan De’Rivalian mendapat naib johan dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000.00 beserta medal. Pasukan Untold Reflex mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang RM500.00 beserta medal. Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah menyertai pertandingan tersebut, juga kepada Kelab Sukan Elektronik Bandaraya Miri di atas penganjuran MESC Challenge Cup 2024 : Mobile Legends Bang Bang.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsbmiri
- JBS Sarawak
- Hits: 148
