
- JBS Sarawak
- Hits: 48
LAWATAN TAPAK PROGRAM DI KAMPUNG PENASU, DARO
- JBS Sarawak
- Hits: 48
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 8 JULAI 2025 – Satu lawatan tapak bagi pelaksanaan Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro 2025, Program Khidmat Komuniti Belia dan Safety Awarness Bersama Komuniti telah dibuat ke Kampung Penasu, Daro pada 7 Julai 2025 oleh Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Puan Noorlina Mirais dan Puan Hatijah Halidi. Turut sama dalam lawatan tersebut Encik Mahdi Udin, Setiausaha Nebulae FC rakan strategik program.
Lawatan tersebut adalah untuk mengenal pasti kesesuaian tempat bagi melaksanakan program yang telah dirancang. Rombongan pejabat telah disambut baik oleh Penghulu Kampung Penasu dan Ketua Kaum Penasu bersama AJK yang lain. Program yang dirancang ini akan dilaksanakan pada 9 Ogos 2025 melibatkan pelbagai aktiviti sukan dan riadah seperti senamrobik, street soccer, sepak takraw, tarik tali dan sukaneka serta program komuniti belia dan kesedaran komuniti setempat terutama melibatkan kawasan rumah panjang berdekatan.