Disediakan oleh : O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 23 Oktober 2024 – Perbincangan berkenaan dengan pengisian program Rakan Muzik: Rentak Seni Peringkat Bahagian Kapit Tahun 2024 telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit pada 21 Oktober 2024. Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama dengan Encik Sobri Dempi dan Encik Joannes Jantum selaku Tenaga Pengajar daripada Artis Tari, Kampung Budaya Sarawak yang akan mengendalikan kelas tarian tersebut.
Objektif utama program ini diadakan adalah meningkatkan kesedaran dan minat belia terhadap seni dan budaya tempatan, sebagai platform kepada belia untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka, mengukuhkan nilai-nilai murni dan identiti budaya dalam kalangan belia serta memupuk semangat perpaduan melalui aktiviti seni dan budaya.
Program ini akan dilaksanakan pada 22 hingga 24 Oktober 2024, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Adalah diharapkan peserta memanfaatkan sepenuhnya peluang selama 3 hari dalam mempelajari asas Tarian Bidayuh dan Tarian Melanau.
- JBS Sarawak
- Hits: 149
