- JBS Sarawak
- Hits: 54
SMK Kapit Teruja Menjadi Lokasi Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Kapit 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 14 JULAI 2025 – Satu sesi perbincangan awal bagi pelaksanaan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Kapit 2025 telah diadakan bersama SMK Kapit pada 2 Julai lalu. Encik Jeffry Lias, Pengetua SMK Kapit bersama Encik Suliman Paulus, Penolong Kanan Ko Kurikulum dan Puan Nur Qistina Amirah, Setiausaha Ko Kurikulum berasa teruja kerana SMK Kapit dipilih sebagai lokasi Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Kapit 2025. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit dan Encik Lanting Anak Mala selaku Pegawai Penyelaras program ini. Taklimat ringkas berkenaan objektif program Fiesta Rakan Muda serta pengisian aktiviti yang akan dilaksanakan pada 26 Julai 2025. Antara aktiviti utama yang bakal dilaksanakan ialah Pertandingan Inovasi Kitar Semula, Pertandingan Doodles Art serta aktiviti Pop Up Market dan Pertandingan Clash Of The Buskers. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah giat mempromosikan program ini di media sosial dan untuk penyertaan para belia yang berminat boleh boleh mengimbas kod qr pada poster-poster yang di kongsi di Facebook Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBKapit