Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 28 OKTOBER 2024 – Program senamrobik telah diadakan di Dewan Kampung Sungei Ragei, Mukah pada 20 Oktober 2024 adalah sebagai sokongan komuniti sempena Hari Sukan Negara 2024 di Mukah. Selain itu, program ini bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti kampung seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka.
Program anjuran komuniti Kampung Sungei Ragei Mukah ini telah disertai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Pejabat mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha murni pihak kampung dalam membudayakan gaya hidup cergas dalam membina masyarakat yang sihat.
- JBS Sarawak
- Hits: 95
