Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 15 JANUARI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri menerima kunjungan yang bermakna daripada Aquanova Swimming Club baru-baru ini. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak setelah pelbagai program bersama telah dijalankan sepanjang tahun 2024.
Pengerusi Aquanova Swimming Club, Encik Taysher Lian, telah menyampaikan cenderahati kepada Encik Roley Anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan peluang yang diberikan untuk melaksanakan program-program berfaedah sepanjang tahun 2024.
Encik Roley Anak Lagir, yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, menyatakan penghargaan terhadap kerjasama yang terjalin dengan Aquanova Swimming Club dan berharap hubungan ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk kebaikan pembangunan sukan di Bahagian Miri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#PBSBMiri
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
- JBS Sarawak
- Hits: 144
