- JBS Sarawak
- Hits: 73
Karnival Sukan Komuniti Kapit 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 73
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 16 Julai 2025 – Karnival Sukan Komuniti Kapit 2025 telah berlangsung meriah pada 10 Julai yang lalu yang bermula dari jam 5.30 petang hingga 10 malam bertempat di Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibbah dan Gelanggang Bola Keranjang Bleteh, dengan penyertaan melebihi 200 orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Karnival ini turut dihadiri oleh Tuan Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, yang turut memeriahkan suasana dan menyatakan sokongan terhadap inisiatif komuniti aktif dan inklusif melalui sukan.
Antara aktiviti utama yang diadakan ialah senamrobik perdana, Fun Run 5KM, pertandingan dart, pertandingan bola keranjang 3v3, perlawanan badminton, serta cabutan bertuah yang menjadi tarikan utama kepada para peserta dan pengunjung. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan kerjasama strategik daripada Panda Athletic Club, 96800 Darters, Kelab Bola Keranjang Bleteh, Persatuan Kapit Tari dan Persatuan Badminton Bahagian Kapit yang memainkan peranan penting dalam menjayakan acara ini.
Karnival ini bukan sahaja berjaya menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut memperkukuh hubungan komuniti melalui penglibatan pelbagai peringkat umur termasuk belia, kanak-kanak, warga emas dan OKU. Penganjuran ini menjadi bukti komitmen berterusan PBSB Kapit serta KBS khususnya dalam menjadikan sukan sebagai medium perpaduan dan kesejahteraan sosial.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #pbsbkapit