- JBS Sarawak
- Hits: 122
PROGRAM FIT KOMUNITI (AKTIVITI PENDAKIAN) PROGRAM FIT KOMUNITI (AKTIVITI PENDAKIAN) PERINGKAT BAHAGIAN SIBU BIL 2/2024PERINGKAT BAHAGIAN SIBU BIL 2/2024
Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 26 OKTOBER 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian dengan kerjasama Boyak Bukit Hiker's Sibo telah mengadakan aktiviti pendakian di Bukit Kemuyang yang melibatkan seramai 50 orang peserta dikalangan Pegawai dan anggota polis Daerah Sibu. Aktiviti pendakian bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 11.30 yang melalui pejalanan berbukit sejauh 3KM .Program ini bertujuan untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, hiking, senaman dan aktiviti riadah. Disamping itu juga bertujuan untuk memberi sokongan sebagai penghargaan kepada masyarakat yang mengutamakan kesihatan, kecergasan fizikal dan kecerdasaan mental melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi.Program ini merupakan Program Fit Komuniti Peringkat Bahagian Sibu Bil 2/2024 . Turut hadir Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan juga Tuan Edham bin Ibrahim , Pegawai Bahagian Trafik. Pentadbiran pejabat ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini sehingga selesai.
- JBS Sarawak
- Hits: 122
