JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SENI BELA DIRI TAEKWONDO JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SARAWAK KALI KE -8 TAHUN 2025

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SENI BELA DIRI TAEKWONDO JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SARAWAK KALI KE -8 TAHUN 2025

Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak

SIBU, 19 JULAI 2025 – Kelab Taekwando United Sibu (MTA) telah menganjurkan Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Jemputan Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak Kali Ke-8 Tahun 2025 bertempat di Sibu Indoor Stadium pada 18-20 Julai 2025. Seramai 150 orang pelajar telah menyertai kejohanan selama 3 hari ini. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Encik Joshua Ting Fu Ying, wakil kepada Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.217 Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Sarawak N.52 Dudong diiringi oleh Dr. Ling Hang Sung, Pengerusi Pengelola Kejohanan, Datuk Dr Arasu Thangaveloo, Presiden Persatuan Taekwondo Kukkiwon Malaysia dan Dr Henry Toh Yew King, Presiden Persekutuan Taekwando Negeri Sarawak. Kelab Taekwando United Sibu (MTA) ini sangat aktif dalam penganjuran program Taekwando. Tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Kelab yang bertungkus lumus dalam melaksanakan kejohanan ini dengan jayanya.

#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search