
- JBS Sarawak
- Hits: 21
GALAKKAN HIDUP SIHAT DALAM MASYARAKAT MENERUSI AKTIVITI KECERGASAN SENAMROBIK
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: NFK, JBSN Sarawak
Sibu, 19 Julai 2025 - Program kecergasan senamrobik telah mendapat sambutan yang menggalakan dalam kalangan komuniti setempat menerusi Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Sibu (Siri 2) yang diadakan di Taman Tasek Permai Sibu bermula jam 4.00 petang hingga 5.30 petang. Program ini akan berlangsung sebanyak 12 siri bermula Julai hingga November 2025. Siri 1 juga telah diadakan bersama penghuni Rumah Seri Kenangan yang turut mempromosikan aktiviti senam sihat dalam kalangan warga dan penghuni di sana. Berbaki lagi 10 siri, program ini diharap akan terus mendapat sambutan dalam masyarakat bagi menggalakan lebih ramai lagi untuk terus kekal aktif dan cergas disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan dalam diri setiap insan.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#JBSNKomited
#HarungiBersama
#TeamKBS
#IhsanMADANI