
- JBS Sarawak
- Hits: 88
Perasmian Penutupan ASEAN Youth Volunteer 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 88
Disediakan oleh RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 18 Julai 2025 – Program ASEAN Youth Volunteer 2025 (AYV2025) melabuhkan tirainya dengan satu majlis penutupan rasmi yang penuh warna-warni di Damai Central, Santubong. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, yang turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh para belia ASEAN sepanjang program ini berlangsung.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; Encik Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahrin, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda; Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak; serta Puan Nur Malanie Stephanie Woon, Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Program AYV2025 telah berlangsung selama enam hari bermula 13 Julai, melibatkan penyertaan belia dari negara-negara ASEAN dengan pelbagai aktiviti seperti khidmat komuniti, pertukaran budaya dan bengkel kepimpinan.
Dalam ucapan penutupannya, YB Dato Gerald menekankan bahawa semangat kesukarelawanan merentas sempadan mampu menyemai persefahaman dan perpaduan serantau, sejajar dengan aspirasi Komuniti ASEAN. Beliau turut menggalakkan para belia agar terus menjadi agen perubahan yang proaktif dalam pembangunan negara dan rantau ini.
Majlis penutupan turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta dan fasilitator.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama