- JBS Sarawak
- Hits: 206
PROGRAM OUTREACH ZON SARAWAK BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BPTM) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JNAM)
Disediakan Oleh: EDP, JBSN Sarawak
KUCHING, 21 OKTOBER 2024 - Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengadakan Program Outreach Zon Sarawak dianjurkan selama 2 hari pada 14 dan 15 Oktober 2024 bertempat di Sarawak Islamic Information Centre, Kuching Sarawak.
Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada agensi dibawah kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang melibatkan pengurusan pencapaian iGFMAS Portal di negeri Sarawak. Antara penceramah yang hadir adalah Pn A’iniah binti Kamarudin Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Authorization serta Ts. Lina Azleny binti Kamaruddin Ketua Penolong Pengarah Unit Maklumat Online (eApps) Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat. Program berkenaan juga membuka Klinik iGFMAS merupakan sesi konsultasi secara ono to one bersama wakil BPTM berhubung isu-isu teknikal iGFMAS kepada peserta.
Turut terlibat Wakil Pusat Tanggung Jawab (PTJ) Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah menghadiri program tersebut. Dengan pendedahan yang diberikan dapat memberi impak dalm penambahbaikan dan pelaksanaan kaedah baharu bagi kelancaran penggunaan pencapaian iGFMAS Portal atas talian di peringkatan jabatan.
- JBS Sarawak
- Hits: 206
