- JBS Sarawak
- Hits: 55
Program 1000 Liga Pertandingan Catur Tarik Minat Pelajar
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
SONG, 23 Julai 2025 – Program 1000 Liga Pertandingan Catur yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Gagasan Pekan Song dan SMK Song telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Julai 2025 yang lalu bertempat Dewan Kenyalang SMK Song. Program ini berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan pemain, khususnya dalam kalangan pelajar dan belia setempat, sekali gus memupuk minat mendalam terhadap sukan minda seperti catur.
Pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran strategi dan ketahanan mental peserta, malah turut menjadi medium menjalin interaksi sihat antara komuniti dan institusi pendidikan. Pertandingan ini merupakan salah satu sukan dalam Program 1000 Liga yang bertujuan menggalakkan penganjuran pertandingan sukan secara berstruktur, terbuka dan inklusif di peringkat komuniti. Penganjuran pertandingan ini membuktikan bahawa sukan catur mampu menjadi wahana pembinaan sahsiah, disiplin dan kecemerlangan intelek dalam kalangan belia dan pelajar.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #pbsbkapit