
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Persatuan Xiang Qi Negeri Sarawak Terima Dana Sukan Komuniti KBS Anjur Kejohanan Catur Terbuka Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 23 JULAI 2025 – Persatuan Xiang Qi Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Xiang Qi Bahagian Miri dan Kelab Rekreasi Peminat Permainan Minda Miri telah melaksanakan Kejohanan Catur Terbuka Sarawak 2025 pada 21 hingga 22 Julai yang lalu. Bertempat di Dewan GCM Gymkhanna Miri, kejohanan tersebut mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 196 orang daripada pelbagai lapisan umur dan kaum.
Persatuan Xiang Qi Negeri Sarawak telah menerima Dana Sukan Komuniti KBS sebanyak RM10,000.00 untuk menganjurkan kejohanan tersebut. Encik Chia Kah Leong, Ahli Majlis Bandaraya Miri merangkap Timbalan Bendahari Persatuan Xiang Qi Negeri Sarawak dan Timbalan Pengerusi Persatuan Xiang Qi Miri, Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Puan Sharifah Rezimawati binti Wan Mashor dari Bank Rakyat Permyjaya hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Turut hadir ialah Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri selaku pegawai pemantau program di bawah Dana Sukan Komuniti KBS.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri