
- JBS Sarawak
- Hits: 78
PBSB Miri Turut Serta Perhimpunan Sambutan Hari Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 78
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 23 JULAI 2025 – Acara kemuncak sambutan perayaan Hari Sarawak semalam ialah Perhimpunan Hari Sarawak 2025 bertempat di Stadium Bandaraya Miri. Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak bersama pegawai dan kakitangan PBSB Miri turut hadir bersama agensi kerajaan lain dan orang awam untuk memeriahkan acara tersebut.
Majlis Sambutan Hari Sarawak 2024 dimulakan dengan ucapan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Sarawak 2025, Dato Sri Lee Kim Shin dan disusuli oleh ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama-sama dengan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta dif-dif kenamaan lain.
Sementara itu, pertunjukkan bunga api, tayangan khas berkaitan sejarah, pembangunan, kemajuan dan penyatuan bangsa turut dipersembahkan kepada orang ramai selain persembahan tarian, dan nyanyian oleh artis jemputan memeriahkan lagi majlis gilang-gemilang tersebut. Rakyat Sarawak khususnya penduduk Miri amat gembira kerana dapat meraikan Hari Sarawak pada kali ini. PBSB Miri mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Hari Sarawak 2025.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri