
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Program “Unity Walk” Memperkukuh Perpaduan Rakyat Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 23 JULAI 2025 – Semangat Segulai Sejalai dalam menyambut Hari Sarawak 2025 menyaksikan lebih 8,000 rakyat pelbagai kaum dan agama membanjiri Stadium Miri, semalam. Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak bersama pegawai dan kakitangan PBSB Miri tidak ketinggalan untuk menyertai program Unity Walk.
Acara berjalan kaki ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang turut ditemani isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Turut serta beliau adalah barisan tetamu kenamaan memimpin ribuan peserta yang membawa bendera Sarawak keluar dari stadium dengan penuh semangat.
PBSB Miri turut serta dalam membantu menyediakan pihak teknikal bagi acara tersebut yang diketuai oleh Pejabat Residen Bahagian Miri dengan kerjasama MYSED. Acara ini bukan sahaja memperkukuh perpaduan rakyat Sarawak, tetapi juga menonjolkan semangat Segulai Sejalai dalam menyambut Hari Sarawak dengan penuh makna dan kebersamaan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri