
- JBS Sarawak
- Hits: 44
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KOMUNITI CERGAS LUAR BANDAR @ DARO 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 24 JULAI 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro 2025 telah diadakan pada 17 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Daro. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Zul bin Haji Usup Pegawai Daerah Daro dan turut dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Mesyuarat tersebut telah dihadiri Ketua jabatan dan wakil ketua jabatan di daerah Daro yang terlibat serta ketua masyarakat dan ketua kaum yang berkaitan. Hadir sama Puan Hatijah Halidi, Pegawai Penyelaras Unit Rakan Muda dan Encik Mahdi Udin, Rakan Strategik program.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah persediaan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan pada 23 Ogos 2025 di Kampung Penasu, Daro kelak. Selain itu, sebelumnya Encik Mohammad Arbi telah menyampaikan taklimat ringkas kepada ahli mesyuarat mengenai objektif program dan persediaan program yang telah dibuat oleh pihak pejabat bersama JKKK Kampung Penasu, Daro. Beliau turut menerangkan secara ringkas Program Khidmat Komuniti Belia dan Program Safety Awarness Bersama Komuniti setelah selesai Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro 2025.