- JBS Sarawak
- Hits: 41
1st Kapit Indoor Archery Competition anjuran PEMASA Kapit
- JBS Sarawak
- Hits: 41
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 23 Julai 2025 – Buat julung kalinya, 1st Kapit Indoor Archery Competition telah dianjurkan oleh Persatuan Memanah Bahagian Kapit (PEMASA Kapit) pada 19 hingga 20 Julai 2025 yang lalu bertempat di PEMASA Kapit Indoor Archery Range, Bleteh dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato Yong Hua Sing, Penasihat PEMASA Kapit, dan Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit bagi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Pertandingan ini melibatkan tiga kategori utama iaitu Recurve Under 12, Recurve Under 15, dan Compound Open, yang berjaya menarik minat penyertaan daripada pelbagai lapisan umur.
Pertandingan ini telah mendapat sokongan dan kelulusan di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan merupakan salah satu usaha mempromosikan sukan memanah di peringkat akar umbi serta memperkukuh pembangunan sukan komuniti di Bahagian Kapit. Objektif utama program ini adalah menggalakkan penglibatan belia terutamanya pelajar dalam sukan memanah, mencungkil dan mengembangkan bakat baharu dalam kalangan komuniti setempat, serta menyediakan platform pertandingan yang berstruktur dan berdaya saing dalam kalangan peserta dan komuniti setempat.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen PEMASA Kapit dalam memperkasakan pembangunan sukan memanah, serta membuka ruang kepada bakat tempatan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.