Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 21 JANUARI 2025 – INTAN Kampus Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, En. Lamat anak Nyalau bertempat di Bilik Mesyuarat Santubong Aras 3, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pagi ini.
Rombongan tersebut diketuai oleh Puan Maitah bt. Annuar, Pengarah INTAN KAmpus Sarawak berserta pegawai-pegawai dari agensi tersebut.
Pertemuan singkat tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam pelaksanaan program-program sukan dan latihan-latihan yang ditawarkan.
Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Pn. Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan.
- JBS Sarawak
- Hits: 164
