- JBS Sarawak
- Hits: 59
PENDEDAHAN YANG MELUAS BAGI KURSUS PENGADILAN, JURULATIH & TEKNIKAL TARIK TALI PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh: HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 16 JULAI 2025 – Hujung minggu lalu telah diadakan Kursus Pengadilan, Jurulatih & Teknikal Tarik yang bertempat di Stadium tertutup Lawas,Bahagian Limbang. Program anjuran Persatuan Tarik Tali Negeri Sarawak ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan peraturan bagi sukan ekstrem di Bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Program ini dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Encik Rynnille Elsther Peter. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan penglibatan belia menjalani cara hidup sihat, mengetahuai serba sedikit peraturan sukan Tarik tali dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh Sukan Tarik Tali di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang