- JBS Sarawak
- Hits: 57
SAMBUTAN YANG MEMBERANGSANGKAN BAGI PROGRAM MYSED GOBIZ YANG BERLANGSUNG DI DEWAN SUARAH LIMBANG, SARAWAK.
- JBS Sarawak
- Hits: 57
DISEDIAKAN OLEH: HWH , JBSN SARAWAK
LIMBANG, 16 JULAI 2025 – Hujung minggu lalu telah diadakan satu program yang dinamakan MYSED GoBIZ Peringat Negeri Sarawak yang bertempat di Dewan Suarah Limbang, Sarawak. Program anjuran Kementerian Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak ini adalah bertujuan untuk memperkasa gaya hidup sihat yang memfokuskan kepada pembentukan budaya perniagaan dan bersukan selari dengan slogan Malaysia cergas, sihat dan bersatu antara semua golongan masyarakat khursusnya di bahagian Limbang.
Hadir merasmikan program tersebut adalah Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Menteri YB Datuk Dr Ripin Bin Lamat. Encik Zaini Bin Abd Talib turut hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program 2 hari tersebut seperti Pertandingan Menyanyi, Pertandingan Tarik Tali, Petandingan Street Soccer, Sukaneka, Gerai Jualan dan banyak lagi
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang