Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
31 OKTOBER 2024 – Program Rakan Bumi: Plogging @ Komuniti Siri 4 bahagian Betong telah diadakan pada 20 Oktober 2024 bertempat di Saratok. Objektif program adalah untuk membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging/ berjalan/ berlari/ berbasikal/ jungle trekkingl mendaki bukit sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat.
Untuk kali ini, aktiviti berjalan sambil mengutip sampah di sekitar taman dan jalan pekan Saratok menjadi pilihan dan telah disertai oleh sekumpulan sukarelawan belia dan komuniti setempat. Adalah diharapkan semoga masyarakat bersama-sama berganding bahu memelihara alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata demi kesejahteraan bersama.
Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong turut hadir menyertai aktiviti berjalan sambil mengutip sampah sebagai tanda sokongan dan penyuntik semangat kepada aktiviti yang dilaksanakan. Pihak PBSB Betong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa pelaksanaan program dan berharap masyarakat terus menyokong aktiviti seumpama ini di masa akan datang.
- JBS Sarawak
- Hits: 154
