- JBS Sarawak
- Hits: 123
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU TAHUN 2024
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 11 NOVEMBER 2024 – Pihak pejabat mendapat satu jemputan ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2024 bertempat di Balai Raya BDA Assyakirin, Bintulu pada Sabtu lalu.
Sambutan hari warga emas adalah bertujuan untuk menghargai warga emas, serta menerapkan nilai-nilai murni antara komuniti agar dapat merapatkan jurang anatara golongan emas dan muda. Sambutan ini turut membantu golongan wrga emas dalam menjalani gaya hidup sihat dan aktif dalam mengekalkan taraf kesihatan yang optimum dan aktif. Pelbagai pengisian yang dijalankan sempena sambutan tersebut seperti aktiviti bersenam, beriadah, ceramah kesihatan dan banyak lagi.
- JBS Sarawak
- Hits: 123
