
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Program Klinik Pembangunan Sukan Baharu Flag Football 2025 Peringkat Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh RJH, JBSN Sarawak
Kota Samarahan, 3 Ogos 2025 – Seramai 41 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Program Klinik Pembangunan Sukan Baharu Flag Football 2025 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kampus ADTEC, Kota Samarahan.
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak sebagai inisiatif memperkenalkan sukan alternatif yang kian mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Klinik sehari ini dikendalikan oleh jurulatih profesional daripada Malaysia American Football Association (MAFA) yang berpengalaman dalam melatih serta membimbing pemain-pemain baharu.
Sepanjang program, peserta diberi pendedahan asas mengenai sukan Flag Football termasuk teknik permainan, peraturan, keselamatan serta strategi asas dalam permainan tanpa sentuhan fizikal (non-contact) ini.
Objektif utama program adalah untuk memupuk minat belia terhadap sukan baharu, menggalakkan gaya hidup sihat serta membina potensi bakat tempatan dalam bidang sukan Flag Football.
Program ini juga membuka peluang kepada peserta untuk membentuk pasukan di peringkat komuniti dan sekolah, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekosistem sukan yang lebih pelbagai di negeri Sarawak selaras dengan hasrat memperkasa pembangunan sukan baharu di peringkat akar umbi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama