
- JBS Sarawak
- Hits: 20
LAWATAN TAPAK PROGRAM KEM BELIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan Oleh: MCG,JBSN Sarawak
Sibu, 5 Ogos 2025 – Satu sesi lawatan tapak bagi Program Kem Belia Peringkat Bahagian Sibu 2025 telah diadakan pada hari ini bertempat di Kem Belia Kemuyang. Lawatan ini bertujuan meninjau kesediaan lokasi serta membincangkan persiapan rapi menjelang penganjuran program yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos 2025. Lawatan ini disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Puan Fatheen Khairuzan binti Seleman, bersama dua wakil dari pihak pengurusan Kem Belia Kemuyang, iaitu Puan Halina binti Junaidi dan Encik Mustapa bin Salim. Dalam sesi perbincangan tersebut, pelbagai aspek teknikal dan logistik turut dibincangkan termasuk penempatan peserta, keselamatan, kemudahan asas serta atur cara program.
Program yang bakal melibatkan seramai 50 orang belia massa dan belia berisiko berumur antara 13 hingga 16 tahun ini dirancang untuk menjadi platform pembangunan sahsiah serta motivasi diri kepada golongan belia di kawasan Sibu. Pihak penganjur berharap program ini bukan sahaja memberi impak positif kepada peserta yang terlibat, malah turut menyumbang ke arah pembentukan generasi belia yang berwawasan dan bertanggungjawab. Kem Belia Kemuyang dilihat sebagai lokasi yang strategik dan sesuai bagi menjayakan program ini berdasarkan kemudahan yang disediakan serta persekitaran yang kondusif untuk aktiviti pembinaan jati diri dan kerohanian.
#PBSBSIBU
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani