- JBS Sarawak
- Hits: 62
Pertandingan Memanah 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 62
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 14 JULAI 2025 – Pertandingan Memanah Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri 2025 telah dilaksanakan pada 12 Julai 2025 bertempat di padang memanah SSC, Miri dengan kerjasama Kelab Memanah X-Tune. Pertandingan memanah kali ini melibatkan penyertaan seramai 54 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur dan kaum. Pemenang Pertandingan Memanah Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri 2025 ialah Darren Chua Huay Zhe (Johan), Mohammad Hakeem Zakwan (Naib Johan), dan Phoebe Lau Buong Rui (Tempat Ketiga).
Program 1000 Liga merupakan program sukan individu berbentuk pertandingan dan terbuka kepada semua peringkat komuniti setempat bertujuan memupuk minat serta menarik penyertaan ramai ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan. Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak teknikal yang terlibat dan semua peserta yang turut serta dalam pertandingan tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri