
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Program 1000 Liga Bahagian Betong Tahun 2025 Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Warga Setempat
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 28 JULAI 2025 – Program 1000 Liga Bahagian Betong Tahun 2025 telah dilaksanakan pada 19 dan 26 Julai 2025 bertempat di Riveria Sport Centre Debak. Sebanyak 5 acara telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Catur, Dart, Ping Pong, Snooker dan Olahraga. Sambutan yang sangat menggalakkan ini membuktikan komuniti memanfaatkan hujung minggu dengan aktiviti riadah dan sukan bagi membudayakan amalan gaya hidup sihat.
Hadiah kemenangan peserta telah disampaikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Program 1000 Liga Bahagian Betong adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Laser Light Debak, Kelab Infinity Debak, Skuad AADK Bahagian Betong, Kelab Tupai Debak, SMK Saribas dan PAWE Debak.
Hadiah kemenangan peserta telah disampaikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama kelab serta peserta dalam menjayakan program.